As-salam dan Salam Sejahtera :)
Sempena kehadiran Ramadhan kali ni sis nk share ngn korang apa itu dikatakan Pemakanan Sunnah ????
Dan apa plak yg dikaitkan Pemakanan Sunnah dengan Shaklee (Suplimen Produk Kesihatan )
Sebagai umat islam kita beruntung kerana Rasulullah S.A.W mengajarkan kita semua untuk memilih makanan yang terbaik :) Malah Rasulullah s.a.w amat menekankan adab ketika makan dan juga akhlak kita ketika kita menjamah sesuatu hidangan itu lebih utama. Itulah intipati Rasulullah s.a.w mengajar manusia tentang akhlak.
Sebelum sis share lbh lanjut tentang Pemakanan Sunnah...tengok dulu situasi kat bawah nie...
Ok Sebagai Pengedar Shaklee pernah tak korang menghadapi situasi seperti page kat atas ni ????
Tak kisah lah dapat dari kawan2 ke..adeq-bradeq ke atau sedara-mara ke...Pernah Tak??? Pernah Tak???
Mereka-mereka semua ni samaada berniaga atau tidak tapi mereka menegakkan pemakanan sunnah kn dan mula kondem produk orang lain.
Haa apa korang rasa ???
Marah ??? Melatah ??? Goyah ??? Down dah nak buat Shaklee ???
Eh betul la bukan pemakanan sunnah ??? Xmau la buat Shaklee ???
Jadik kenapa nak makan shaklee kn...kat luar sana kan berlambak org duk jual makanan sunnah Nabi s.a.w
So xyah la beli Shaklee bukan pemakanan sunnah pn...
Ok sayang-sayangku semua :)
Sis yakin benda-benda cam gini semua seller seller @
peniaga-peniaga produk kesihatan yang lainnya pernah lalui dan hadapi kn
So camne??? Apa yang penting kat sini ialah sebagai seller kita jgn la cepat sgt nk melatah bagai kn
Bila ada org mula kondem produk yg kita nk jual...kita relax duluuu..tarik nafas dalam2...
banyak2 buat research...byk2 berguru...
in Shaa ALLAH akan ketemui jawapannya :)
Apa yang terbaik ialah lemparkan senyuman pada dia :)
dan anggap sahaja yang dia tak tau konsep sebenar pemakanan sunnah..tak semua orang tau ok
Sis tak nafikan sesetangah produk2 sunnah yang dikeluarkan oleh syarikat2 tertentu ni memang ada menyediakan bahan-bahan makanan yang nabi s.a.w makan dan amal..memang adaa...
dan kita semua sedia maklum amalan memakan makanan kegemaran nabi s.a.w adalah sangat bagus untuk kita :) sis sendiri pn makan..korang pun makan kan...cam madu,kurma,buah delima,habatusSauda dan lain-lain lagi lah..jadi kita semua pernah makan dan ada sesetengahnya dah jadi amalan harian dah pun memakan makanan kegemaran nabi s.a.w :)
Tapiiii hari ni kita semua buka minda luas2...jangan terlalu menyempitkan agama dan jangan menyalahgunakan agama dengan produk2 tertentu untuk kepentingan diri kita sendiri..
termasuklah produk shaklee sendiri jangan sesekali kita gunakan nama agama...
Rasanya apa yang lebih baik ialah kita fokuskan produk kita tu berdasarkan ciri-ciri dan ekstrak-ekstraks yang memberi kebaikan-kebaikan itu lebih baik...
JADINYA JANGAN JANGAN JANGAN JUAL AGAMA
Kita jangan terlalu tenggelam dan hanyut dek hebahan-hebahan yang menegakkan pemakanan sunnah
dan habis-habisan menolak kebaikan pemakanan yang kita syorkan
Apa yang penting kita perlu tahu ialah Asas Sebenar dalam pemakanan sunnah itu sendiri
PRINSIP UTAMA YANG PERLU KITA TAHU TENTANG PEMAKANAN NABI S.A.W IALAH ::: HALAL, BAIK ATAU BAGUS UNTUK DI MAKAN DAN TIDAK MENGIKUT JEJAK SYAITAN YAKNI DENGAN MEMBAZIR
SUNNAH MAKAN MAKANAN HALAL DAN BAIK
Dalam syariat Islam, Allah menghalalkan semua makanan yang mengandungi maslahat dan manfaat, baik yang kembalinya kepada roh mahu pun jasad, baik kepada individu mahu pun masyarakat.
Demikian pula sebaliknya Allah mengharamkan semua makanan yang memudaratkan atau yang mudaratnya lebih besar daripada manfaatnya.
Hal ini tidak lain untuk menjaga kesucian dan kebaikan jantung hati, akal, roh, dan jasad.
Dua perkara yang ingin ditekankan di sini:
Pertama
Asal hukum semua makanan yang ada di atas muka bumi ini adalah harus untuk kita makan
kecuali ada dalil dan nas yang melarangnya.
Kedua
Islam menghalalkan semua makanan yang halal, suci, baik, dan tidak mengandung mudarat, demikian pula sebaliknya Islam mengharamkan semua makanan yang haram, najis atau ternajis, khabith (buruk), dan yang mengandung mudarat”.
Untuk lebih yakin boleh rujuk kitab atau buku-buku ilmiah @ guru2 @ ustaz2 @ Profesor Google :)
Adakah Shaklee ni HALAL ??? Shaklee Produk dapat kelulusan KKM tak ???
Ramai sgt duk nanye aihhh
JAWAPAN :YA/YES :)
Produk Shaklee di Jamin Halal dan sentiasa di update setiap tahun
Ok ini Sijil Halal untuk tahun 2014
di update pada 27 Januari 2014 bersamaan 26 Rabiul Awal 1435H
Certificate No:: 0127-14-21918
ISA Badan yang di iktiraf oleh
JAKIM
“Makanan Sunnah ialah apa-apa makanan yang memberikan kesihatan dan kecergasan walau tidak wujud di zaman Nabi. Jenama Makanan Sunnah jangan hanya disempitkan kepada apa yang ada di zaman Nabi.” di petik oleh :: Dr Zaharuddin Abdul Rahman
Kenyataan yang cukup tepat sekali namun di salah guna oleh orang2 yang 'ada kepentingan utk dr sdr'
ia adalah makanan sunnah kerana berkhasiat walaupun tidak terdapat pada zaman Nabi’.
ni contoh je tau..jangan ada yang tiru plak...nak suruh produk cepat lariss la kononya
Meninggalkan buah kurma yang digalakkan oleh Nabi s.a.w dengan bertukar kepada
ESP Shaklee tidak akan dapat menyamakan pahala berbuka dengan Sunnah yang dilakukan dan dianjurkan oleh Nabi s.a.w pada waktu dan cara yang telah ditentukan oleh baginda
Apa sahaja yang kita makan untuk membantu kita cerdas dan cergas untuk terus taat dan menjadi hamba kepada Allah itu adalah pemakanan yang mengikut sunnah.
Kefahaman mudah adalah jika kita ber‘suhur’ dan ber‘iftar’ dengan
ESP Shaklee atau apa-apa produk lain untuk tujuan kita kuat beribadah, maka kita akan dapat pahala di atas apa yang kita niatkan.
SUNNAH MAKAN KALAU TIDAK IKUT JEJAK SYAITAN
Initipati utama yang ingin disampaikan oleh Rasulullah s.a.w ialah adab ketika makan dan akhlak yang kita tonjolkan terhadap makanan..inilah yang dikatakan sunnah Nabi s.a.w maksudnya jangan terlampau taksub kepada pemakanan sahaja atau apa yang di makan tetapi tidak menjaga adab dan akhlak makan..jadi tak da guna klu makan pemakanan sunnah tapi membazir...makan dengan gelojoh {jejak syaitan}
Semestinya kita xdapat fadhilat daripada pemakanan sunnah kn sbb kt xjaga adab dan akhlak td...
mkn lak dgn tangan kiri...tak mulakan dengan Bismillah itu langsung bukan cara
Pemakanan Sunnah Nabi s.a.w
blh paham tak??? klu tak phm istiqfar byk2 in shaa ALLAH diberi pencerahan :)
in shaa ALLAH klu kita jaga adab dan akhlak sebenarnya kita dah ikut cara Pemakanan Sunnah Nabi s.a.w
Macam yang sis yang nyatakan tadi pilih makanan yang Halal , Baik dan
Tidak ikut jejak syaitan (membazir dan berlebih2)
Klu kita rasa nasi, tembikai, ikan , ayam, sayur ,suplimen dan lain-lain lagi adalah baik dan halal serta bagus untuk kesihatan kita, Sebenarnya kita dah ikut amalan Pemakanan Sunnah sbb kita tidak memilih makanan yang memudaratkan disamping kita menjaga adab dan akhlak ketika kita makan..
Kerana menjaga kesihatan itu adalah sunnah...memudahkan kita menjalankan ibadah :)
Kadang-kadang tatacara perbuatan kita makan makanan yang memang nabi makan pun boleh jadi haram.
contoh::: Sekarang kan bulan ramadhan kan...makan lak buffet ramadhan...ada lak kambing golek bergolek2 haa..bestnyaa..kambing kn makanan kegemaran Nabi kita kn tp bila kita jadi tamak makanan yg disediakan utk 100 org mkn dah jd utk 50 org makan..sbb sifat kt tadi gelojoh semua mkn nak diambil lebih2 last membazir...itu dah tak ikut sunnah dah itu ikut jejak syaitan walau kambing td makanan sunnah...
phm tak??? xphm lg??? istiqfar lagiii :)
SUNNAH MENOLAK KEMUDARATAN
Apa yang dikatakan pemakanan sunnah ialah menolak sama sekali apa sahaja makanan yang memudaratkan dan menjejaskan kesihatan...Kalau produk shaklee memudaratkan maknanya kita xikut cara pemakanan sunnah la, tapii kandungan yang ada dalam produk shaklee ialah yang memberi manfaat kepada tubuh badan, baik dari segi kesihatan bukan yang memudaratkan...Bukankah ini dikatakan kita telah mengikut cara pemakanan sunnah memilih yang baik2...
Kalau tahu ada produk Shaklee ni tak sesuai jika seseorang yang mengambilnya menghidap penyakit tertentu, jangan syorkan produk tersebut. Jangan sesuka hati je jual produk tanpa siasat serba sedikit latar belakang pengguna mane tau apa yang kita syor untuknya memudaratkannya tapi tidak untuk mereka yang lain..So hati-hati ya...ingatan untuk diri sendiri juga [jangan terlalu pentingkan keuntungan jualan semata-mata tanpa memikirkan akibat yang bakal diterima pengguna ]
Dalam Shaklee kita diajar untuk menebarkan kebaikan. Berkongsi dengan orang apa yang kita ada supaya bertambah berkat.
JANGAN MEMBAWA DALIL PALSU
Tidak boleh mendakwa Nabi makan sesuatu makanan dengan mempunyai kelebihan tertentu tanpa dalil yang sahih untuk menguatkan tindakan atau penyataan kita.
Contohnya: Hadith palsu yang menyebut: ‘Terung itu ubat segala penyakit”. Atau Makan kismis boleh menguatkan ingatan.
Begitu juga mendakwa nabi salla Allah ‘alayh wa sallam makan dengan cara sekian..sekian..sekian, tanpa ada dalil dan nas yang sabit, maka ia juga tertolak.
Namun jika kaedah pemakanan disokong berdasarkan kajian terperinci melalui sains atau selainnya, maka jika kita hendak beramal, maka beramal disebabkan kajian tersebut. Jangan sekali-kali menyandarkannya kepada Nabi salla Allah ‘alayh wa sallam. Kelak akan merosakkan agama.
Janganlah sebut Nabi suka makan dan memuji buah anggur semata-mata nak menyuruh orang lain makan dan beli Vivix Shaklee plak...terpesong terrrr
JANGAN SESEKALI MENCERCA MAKANAN
Rasulullah s.a.w adalah seorang yang sangat2 memuji makanan.Maksudnya makanan ni rezeki daripada ALLAH s.w.t jadinya Rasulullah memang akan memuji setiap makanan yang halal untuk dimakan..
Kat sini sis nak ingatkan diri sendiri dan rakan2 shaklee yang lainnya jangan sesekali kita memperlekehkan produk2 yang lain sbb benda cam gini lah boleh menimbulkan satu dosa, menuduh tanpa bukti, mengadu domba, hasad dengki semua tu boleh sbb Rasulullah s.a.w ajar kita xboleh sesekali mencerca makanan...
so xpayah lah keluarkan kenyataan xelok makan suplimen shaklee sbb dia bukan pemakanan sunnah...itu xbaik ok menuduh tanpa bukti...masya ALLAH...nauzubillah...
BETULKAN NIAT..KENAPA MEMILIH SHAKLEE???
Sebab apa ambil shaklee ???
Supaya mengembalikan dan mengekalkan kesihatan tubuh badan yang berpanjangan kan
untuk memudahkan kita melakukan ibadat kan...
Jadi bila kita sihat kita mampu mendekatkan diri dengan ALLAH s.w.t
jadi betulkan niat sbb apa amik shaklee..
bukan sbb ambil shaklee untuk tujuan maksiat atau kemungkaran ya...
itu bkn cara pemakanan sunnah ok
Dan ubah niat supaya lebih suka berkongsi kebaikan shaklee dari memaksa org membeli tanpa kita memberi info2 kebaikan pada dia kn...xbaik tau...
KESIMPULAN
Tidak perlulah kita mewar-warkan bahawa produk kita adalah “produk sunnah”
jika akhlak kita tidak menggambarkan kita mengikut sunnah.
Biarlah orang kata Shaklee bukan produk atau makanan sunnah tapi pastikan diri kita mengikut amalan sunnah di dalam pemakanan. Itu yang lebih utama.
Ya.. Yang pasti kita boleh mengikut dan amalkan sunnah dalam amalan pemakanan melalui produk Shaklee.. Sunnah Nabi mengajar kita keluasan untuk mengamalkan Islam dan mudahnya mendapat pahala melalui pemakanan.