Ummi Shaklee

My photo
Assalamulaikum dan Salam Sejahtera Semua.Di sini saya akan berkongsi tentang pemakanan, kesihatan, kekeluargaan, penyusuan, kehamilan, kecantikan dan super awesome vitamin Shaklee untuk hidup sihat berpanjangan. Perkongsian tentang tips-tips hebat, bahgia membahgiakan. kindly follow me on https://www.facebook.com/ummi.naemi Thank you!

NUFFNANG

Monday, June 30, 2014

PETUA UNTUK ANAK CEPAT BERCAKAP


Pernah dengar tak anak seusia 3 atau 4 thn masih belum pandai bercakap??
Biasanya klu umur 3 atau 4 thn ni dah mula pandai bercakap.
Kebiasaan umur ank 2 thn ke ats dah mula start blaja cakap bahasa2 diaorg yg simple2 kn...
biasa 2 patah perkataan...cth > nak cucu = nak susu (walau pelat tp dah mula pandai cakap kn)



seusia 2thn dah mula pandai ajuk gaya ummi ngn baba nyembang
betul dak???betul laaa

Dari pengalaman sendiri membesarkan 3 orang anak..
saya perhatikan seusia 1tahun dia dah mula paham sikit2 apa yang kita cakap.
nak nak lagi perkataan tu kita sering kali ucap dengan ank kita kn kn kn :)
cth sy slalu say hi-5 kat ank dan berlaga tgn dengan dia tanda hi-5
pada mula2 melakukannya...dia mcm tgk tp xphm..bila dah slalu buat lama2 dia akn phm dgn sdrnya...bila dengar je kita say hi-5 anak saya terus nak berlaga tangan dgn saya tanda hi-5..
maknanya kekerapan kita bercakap ngn dia membolehkan dia blaja dengan cepat..betul???
tapi masa umur 1tahun nie dia pandai cakap bahasa dia je..cam uu aaa mmaa ba ba..
Biasa usia ni suka buat bunyi-bunyian bila dia nak kn sesuatu..




JOM KONGSI PETUA UNTUK ANAK CEPAT BERCAKAP

  1. KOMUNIKASI PERINGKAT AWAL. Maksudnya bermula masa anak dalam kandungan lagi. Macam selalu memperdengarkan alunan2 al-quran atau apa sahaja yang menggembirakan anda untuk di share dengan bayi yg dikandungkan. Walau dia xpaham apa2 yg kita ucap tp biasakan bercakap dgnnnya.
  2. GUNA AYAT PENDEK DAN MUDAH. Bila kita nak cakap something kat anak kita kn...make sure ada ruang (pause) antara satu ayat dgn ayat yg lain utk bg kesempatan kat anak memberi tindak balas.
  3. MIMIK MUKA haa ni mesti buat dan praktik ya ibu2 sekalian. Mimik muka ni mesti bersesuaian dengan apa yg kita ucapkan..contoh klu kita cakap sedih buat mimik sedih jgn lak buat mimik gembira bagai..nanti ank confuse maaa..teknik cam gini ank cepat tangkap kita buat mimik je anak dah phm kita nak apa..teknik ni mmg berkesan...celik mata bulat2 n luas2 anak saya dah phm dah yg sy xsuka @ marah..try it n enjoy ok...
  4. TEKNIK PENCERITAAN yang ni saya suka buat time anak2 tengah syok layan cite kartun dia kn...masa ni amik peluang terangkan apa story tu cite..cite la secara ringkas kat anak agar dia phm..masa ni suka sbb anak slalu bg respon..selain tu biasakan membacakan buku2 cerita kat ank2 untuk mempercepatkan perkembangan komunikasi dia.


5. INTERAKSI SOSIAL..maksudnya sering bawa anak2 bersembang dengan anak2 yang lain nya...cam bawak ank g taman permainan kan...kat situ kan ramai anak2 seusia dia...masa dia tengah bermain nanti dia akan tangkap apa yang rakan2 lain ucapkan dan mula meniru serta dapat jumpa orang baru :) atau sering bawa dia bersama ketika kita sedang syok chitchat ngn kawan kita, kat sini anak akan blaja mendengar perbualan kita..
6.  PENDENGAR YANG BAIK....berusaha memberi perhatian serta cuba memahami apa yang disampaikan oleh anak-anak anda. Jika apa yang disebutnya tidak jelas, anda mesti bantunya dengan menyebut beberapa perkataan yang anda rasa mungkin itulah yang
cuba disebutkan oleh anak anda.
7.  MENYANYI anak suka la ni...slalu praktikkan sbb teknik ni mmg berkesan...jadi ibu2 kena amek tau juga sikit2 lagu kegemaran anak2 n nyanyi sama2 ngn dia...cam skang ni anak2 suka sgt naynyi lagu "let it go...let it go" alaaa lagu cartoon frozen terrr yg tgh meletop2 skang ni...oh putri elsa tetibee kihkihkihhh




8.  BAHASA ISYARAT UNTUK BERKOMUNIKASI..cam letak jari telunjuk di mulut menandakan diam sambil ucap kat anak diam...lagi contoh arahkan ibu jari utk tunjukkan sesuatu atau mengarahkan anak supaya mengambil sesuatu barang "sayang ummi tlg amikkan tisu sambil arahkan tangan kita pada tisu...jadik ank cepat phm dan blaja"
9.  ULANG KEMBALI....bila ank2 dah mula pandai cakap..ulang kembali apa yang mereka sebut dalam ayat yang sempurna. Contohnya, apabila anak menyebut “nak”, tanyakan kembali “Adik nak apa? Nak susu? Nak mainan?”. Atau apabila dia sebut “bola”, ulang kembali
“Adik nak main bola?”. Jadikan ianya suatu kebiasaan.
10.  Jangan sesekali kali MEMAKSA anak-anak bercakap dan jangan pamerkan kekecewaan anda kerana mereka masih belum mampu bercakap. Bahasa yang pertama sekali anak-anak belajar adalah bahasa emosi dan mimik muka. Mereka lebih mahir membaca perasaan berbanding perkataan.

notaCiNTA >>> Jadikan kebiasaan bersembang dgn ank2 kerna ianya mampu merangsang perkembangan ank2 cepat bercakap...TOLONG jangan jadi ibu bapa yang bisu kerna asyik dengan gadget ok!!!!

add on suplimen minda untuk lebih membantu perkembangan iQ anak secara semulajadi dan sihat...Jadikan anak2 sihat dan cerdik berpanjangan...saya rekomenkan anda bg anak2 minum meal shake setiap pagi dan sebelum tdo serta chewable vitamin c sbg makanan tambahan untuk anak kekal cerdas dan sihat :)





eJual/eSell > Belian Set Anak Pintar [ klik sini ]

Jika ada Sebarang kesulitan untuk mengakses eJual/eSell boleh PM sis di facebook [ klik sini ]
Wassap 01122102434 Ummi Ribena

HAPPY SHOPPING :)

** This product is not intended to diagnose, treat,cure or prevent any diseases **
** Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat,mengubati, 
atau mencegah sebarang penyakit ***



No comments:

Post a Comment

Network Blog